Tajuk : Mualaf Penyeri Islam
Disediakan oleh : Nurul Hanieda Bt Jamil
Disediakan untuk : Abdul Aziz Bin Harjin
Program : Diploma Sains
Tarikh hantar : 27.02.2011
mualaf penyeri islam
Monday, 28 February 2011
Abstrak.
Islam menuntut umatnya supaya berbuat baik terhadap orang bukan islam. Islam berasal daripada perkataan salam yang bermaksud sejahtera. Islam adalah agama yang sejahtera,selamat,aman, dan damai kerana ia sentiasa menganjurkan perdamaian dan kebajikan kapada seluruh manusia. Sejauh manakah yang anda mengerti mengenai saudara baru? Saudara baru adalah orang yang pada asalnya beragama lain memeluk islam kerana diberikan hidayah Allah terhadapnya. Islam menuntut supaya umatnya berbuat baik sesama manusia malah orang yang bukan beragama islam hal ini adalah supaya mereka tertarik dengan ajaran islam, menjadi satu alat untuk menyebarkan islam dan supaya dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik dari akhlak islamiah kepada orang bukan islam. Kita haruslah sentiasa menyebarkan islam dan strategi berdakwah yang dianjurkan oleh islam adalah seperti hikmah atau bijaksana yakni dalam percakapan, pergaulan, membuat tindakan dan mengunakan pendekatan yang sesuai dengan mereka yang hendak didakwah, strategi kedua pula adalah nasihat yang baik iaitu melalui teladan, bimbingan dan nasihat yang baik dan strategi yang terakhir ialah melalui perbincangan dengan melalui ceramah, forum, dialog dan perbahasan yang baik. Antara badan-badan dakwah yang trdapat di Malaysia adalah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), kumpulan-kumpulan tabligh dan Angkatan belia Islam Malaysia (ABIM). Antara peranan mereka ialah berusaha menarik minat orang-orang bukan islam terhadap agama islam, selain itu, mempelbagaikan teknik berdakwah kepada masyarakat, memberi perlindungan yang sewajarnya kepada golongan yang baru memeluk islam dan mengadakan kelas-kelas bimbingan kepada saudara-saudara baru. Pendakwah juga haruslah mempunyai sifat-sifat yang baik supaya dapat menarik lebih ramai orang bukan islam memeluk islam, sifat-sifat yang wajib ada pada mereka adalah seperti beriman dan bertakwa kapada Allah S.W.T, sabar dan tabah menghadapi cabaran dan rintangan, berilmu dan bijaksana, memiliki dan mengamalkan akhlak yang mulia. Kesimpulannya jika ramai pendakwah yang mempunyai sifat dan cirri-ciri yang dinyatakan diatas maka lebih ramai orang-orang bukan islam memeluk agama islam seperti yang terjadi kepada salah seorang jiran saya yang diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk islam. Beliau yang kini baru berusia 24 tahun memeluk islam setelah diperkenalkan oleh rakannya

PENDAHULUAN.
Bersyukur saya kepada Allah s.w.t atas limpah rahmat dan kurniaannya. Akhirnya esei ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tujuan utama esei ini ditulis adalah kerana ingin menyampaikan maklumat berkaitan dakwah. Disamping dapat membantu saudara-saudara seislam kita untuk melaksanakan ibadah kapada Allah. Kandungan esei ini meliputi tajuk berkaitan dakwah seperti strategi dakwah, ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu ada pada pendakwah, antara badan-badan dakwah yang terdapat di Malaysia,selain itu peranan badan-badan dakwah di Negara ini. Antara maklumat yang tedapat dalam esei ini telah saya ambil pada sumber rujukan seperti buku teks tingkatan lima, majalah-majalah dan artikel. Teknik penulisan yang ringkas memudahkan lagi pelajar untuk memahami isi kandungan dan fakta yang telah dinyatakan di dalam esei ini. Saya berharap dan berdoa semoga esei yang telah saya cipta ini dapat membantu saudara-saudara baru islam untuk melaksanakan ibadat terhadap Allah dan dapat mempertingkatkan keimanan mereka terhadap Allah,disamping mendapat maklumat-maklumat yang berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Dengan adanya pendakwah-pendakwah yang berkaliber maka wujudlah lebih ramai saudara baru yang memeluk islam dan akhirnya dapat melahirkan umat islam yang berkualiti dan dapat membangunkan martabat islam.

KONSEP.
Mualaf adalah dari segi bahasa adalah saudara baru dan dari segi istilah bermaksud panggilan bagi individu yang bukan muslim yang mempunyai harapan masuk agama islam yang imamnya masih lemah. Daripada surah taubah ayat 6 yang bermaksud “dan jika seseorang daripada kaum musyrikin meminta perlindungan daripadamu (untuk memahami islam),maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah(tentang hakikat islam),kemudian hantarlah mereka ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui(hakikat islam). Nabi Muhammad mengajak umat nya untuk sentiasa menghindar dosa disamping menyeru dan mengajak orang bukan islam memeluk islam disamping dapat meningkatkan bilangan umat nabi Muhammad
Islam mula tersebar pada zaman kerajaan Abbasiyyah lagi. Sejarah tamadun islam bermula sejak terbinanya Negara islam pertama di Madinah pada zaman Rasulullah, selepas kewafatan rasul ia diteruskan oleh khulafa’ Ar-Rasyidin, kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Zaman kerajaan Abbasiyyah adalah zaman kemuncak bagi kegemilangan tamadun islam, dimana mereka telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang seperti penyebaran islam, pendidikan, sains, dan teknologi, ekonomi dan ketenteraaan. Sistem pemerintahan banyak diadaptasi daripada sistem pemerintahan parsi kerana ramai orang parsi yang memeluk agama islam telah menjawat jawatan penting dalam kerajaan Abbasiyyah. Antara khalifah-khalifah yang banyak menyumbang kepada penyebaran islam pada zaman kerajaan Abbasiyyah adalah seperti Abu Abbas As-Saffah iaitu khalifah pertama kerajaan Abbasiyyah memerintah selama 4 tahun 9 bulan, khalifah kedua ialah Abu Jaafar Al-Mansur iaitu telah mentadbir kerajaan selama 22 tahun, khalifah ketiga ialah Khalifah Harun Ar-Rasyid iaitu khalifah yang paling warak dan terkenal memerintah selama 23 tahun 11/2 bulan, khalifah seterusnya iaitu yang keempat ialah Khalifah Al-Makmun iaitu merupakan putera kepada Harun Al-Rasyid memerintah selama 20 tahun. Kita haruslah bersyukur kerana dengan adanya khalifah-khalifah ini Negara islam dapat bangun dan menjadi Negara yang disegani di mata dunia. Disebabkan mereka juga islam dapat disebarkan sehingga sekarang

RENTETAN KISAH HIDUP.
“SAYA bersyukur bergelar muslim . Islam adalah kehidupan saya. Ia umpama degupan jantung, darah yang mengalir ke seluruh tubuh ini, sumber kekuatan dan kehadiranNya menjadikan hidup saya ini penuh bermakna dan bahagia. Tanpanya, siapalah saya dan seandainya Allah memalingkan kenikmatan-Nya daripada diri ini, maka bagaimana untuk saya terus bertahan...,” luahan seorang wanita mualaf yang sebelumnya beragama Buddha iaitu Nur Hazwani Ping Bt Abdullah. Beliau yang berketurunan siam itu mengakui minat mengenai islam semenjak umurnya mencecah 17 tahun setelah diperkenalkan oleh rakannya.
Nama sebelum islamnya adalah Prom yin ping. Berkahwin seawal umur 19 tahun bersama lelaki pilihan hatinya iaitu Ang Boon Leong,menetap dan mendirikan rumah tangga di Kampung Teresek Repek,17070 Pasir Mas, Kelantan. Hasil daripada perkahwinan mereka, lahirlah seorang cahaya mata yang diberi nama Ang Wan Ying, yang kini berusia 6 tahun.Beliau adalah anak ke tiga daripada empat adik beradik , mempunyai keluarga yang berpendapatan rendah cukuplah sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah di Kelantan iaitu sekolah jenis kebangsaan Pei Ji,selepas menamatkan sekolah darjah 6,beliau mendapat tawaran untuk ke sekolah menengah iaitu sekolah menengah jenis kebangsaan Chong Hwa,dan Berjaya menamatkan sehingga ke tingkatan 5. Wanita ini sangat cekal dalam menghadapi pelbagai bentuk dugaan halagan dan cabaran kerana suaminya hanyalah seorang nelayan .Beliau sangat rajin bekerja, seawal umur 18 tahun beliau sudah bekerja di sebuah pusat pasaraya membeli belah,
Beliau berhadapan dengan bermacam bentuk masalah ketika berkahwin antaranya seperti masalah keewangan, masalah keluarga,tambahan lagi beliau telah dikejutkan dengan kematian suaminya,Dipercayai suaminya meningggal kerana terjatuh di sebuah telaga berhampiran rumah mereka.Amatlah sukar untuknya menerima pemergian suami tersayang tatkala ikatan yang tejalin hampir mencecah 5 tahun .Pada ketika itu beliau baru berusia 23 tahun.Beliau tidak dapat menerima hakikat mengenai pemergian suami tercinta. Pada masa yang sama datang seorang manusia muslim kepadanya membawa senaskhah Al-Quran dan sebuah buku tentang islam. Dengan dua buku ini beliau mula membaca dan mengenali islam, beliau juga mula mengkaji sejauh mana kebenaran mengenai islam.Sepanjang pengkajiannya itu, beliau mula mancari bukti bagi menyokong apa yang diuar-uarkan selama ini tentang kepalsuan agama islam.
Walau bagaimanapun, tanpa beliau sedari, dirinya mengalami perubahan yang dikira amat kecil namun telah berjaya dihidu oleh ibunya yang bernama Mek Puang A/P Chapang.Bapanya Prom Ban Dit, telah meningal dunia pada usia 50 tahun,ketika itu beliau berumur 19 tahun tahun,”Kalau sebelum ini kami akan minum-minum atau berpesta pada setiap hari jumaat dan sabtu, jika dahulu rutin harianku adalah keluar berfoya-foya dan melepak bersama-sama rakan lelakiku tetapi kini sudah tidak lagi.Aku menjadi lebih pendiam dan bersikap dingin,”katanya.
Beliau sudah berhenti meneguk minuman keras dan makan daging khinzir. Ibunya berasa amat hairan sekali terhadap sikap anaknya. Akhirnya, beliau dihalau keluar dan kesudahannya mereka tinggal berasingan.Beliau masih meneruskan penyelidikannya mengenai agama islam. Walaupun berlaku perubahan dalaman namun dia masih kekal seorang penganut Buddha yang warak.
Tiba-tiba pada suatu hari, pintu rumahnya diketuk seorang lelaki muslim lengkap berpakaian jubah bernama Abdul Aziz Al- Sheikh yang turut ditemani tiga lelaki dengan penampilan serupa. Beliau terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu apatah lagi pada waktu malam. Lelaki itu memberitahu bahawa dia mengetahui bahawa beliau ingin memeluk islam. Dalam keadaan terkejut itu,sempat beliau menafikannya dengan memberitahu bahawa dirinya seorang Buddha dan dia langsung tidak berhajat bergelar muslim.Pun begitu,beliau ingin mengajukan beberapa soalan, setelah dipelawa, mereka pun masuk. Beliau pun mula bertanya pelbagai soalan yang berserabut di fikirannya. Alhamdulillah, segala penerangan Abdul Aziz begitu mudah difahami,jelas dan lengkap.
Ia umpama seperti melihat bagaimana bunga berkembang.Akhirnya pada 2 Mac 2010,beliau melafazkan syahadah di hadapan Abdul Aziz. Seperti saudara-saudara baru lain yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan penyisihan,beliau juga tidak terkecuali. Dia kehilangan ramai teman dengan alasan dia sudah tidak seronok diajak berdampingan. Ibunya pula tidak mengakunya sebagai anak. Kakaknya mengatakan dia sudah gila dan merancang menghantarnya ke hospital sakit jiwa. Adiknya yang terkenal dengan sikapnya yang tenang, seorang pendengar yang setia, seperti masuk hantu sebaik mendengar berita tentangnya. Beliau kini bersendirian, tanpa teman-teman dan keluarga di sisi.
Beliau meninggalkan keluarga dengan hati yang sebak dan pedih sungguhpun dia mengetahui apa yang dilakukan itu adalah betul. Namun beliau menemui ketenangan dari surah al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud:
Allah tidak ada tuhan melainkan Dia Yang hidup kekal lagi terus mengurus (makhluk-nya);tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya?Allah mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa-apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.
Kecintaannya kepada Allah Yang Esa mengatasi segalanya. Beliau yakin bahawa tiada tempat yang selamat di dunia ini selain di tangan Allah. Seandainya dia menolak Allah, mungkin sukar pada masa hadapan untuk dia menunjukkan kepada anak-anaknya bahawa kemanisan dan kenikmatan berada di sisi-Nya. Setiap kali menjelangnya tahun baru cina beliau sering dipinggirkan. Saat ketika beliau mula bergelar islam adalah saat yang paling tepat untuk beliau merenung kembali arah hidupnya terutama yang berkaitan dengan prinsip dan nilai yang menjadi asas aktiviti sehariannya. Beliau mengakui jarang sekali mereka untuk makan besar apabila menjelang tahun baru cina,hal ini adalah disebabkan masalah kekangan keewangan yang mereka alami,jika ada cukuplah sekadar sup dan arak. Kisah silam yang pernah beliau alami dengan payah tetapi akhirnya dengan izin Allah ,beliau mampu untuk berdiri di atas kakinya sendiri. Pepatah menyebutkan,”Kalau tidak dipecahkan ruyung di manakan dapat sagunya”dan “bersusah-susah dahulu dan bersenang-senangkemudian”. Pepatah ini pastinya menjadi dorongan kepada beliau supaya dapat menjadi orang yang terbaik sekali gus mendapat tempat di sisi-Nya.
Beliau percaya, hanya orang yang pernah susah faham apa itu makna kesusahan. Orang yang pernah berjalan kaki sekian jauh cukup mengerti apa itu ilmu pengetahuan. Orang yang datang dari keluarga miskin itu faham apa maknanya kekayaan semangat dan cita-cita. Orang yang biasa berendam dengan air mata dan rasa terabai oleh zamannya akan mengerti nilai ilmu dan perjuangan pada dirinya. Orang yang berjiwa besar sahaja mengerti tentang hakikat hidup ini dan sudi menyuakan pertolongan. Walau ia kecil tetapi amat bermakna bagi perjuangan hidupnya.
Beliau juga berkata masih banyak perkara mengenai islam patut dipelajarinya,terutama sekali mengenai akhlak dan keperibadian seorang muslim. Apakah akhlak baik itu bersifat tabii atau sesuatu yang boleh dibentuk atau diusahakan? Namun ,akhlak yang dibentuk atas usaha itu adalah lebih utama dan lebih dominan. Jadi ,kerana itulah Rasulullah s.a.w diutuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak manusia. Menurut beliau ketika melafazkan dua kalimah syahadah satu kesaksian untuk mengakui secara sedar, rela dan berilmu tentang keesaan Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul-Nya. Beliau mengucapkan dengan penuh sedar dan faham. Beliau juga pernah bertanyakan mengenai puasa dan zakat selain daripada solat lima waktu.Beliu mula faham apa itu puasa,baginya puasa adalah latihan menahan nafsu yang tabiat asalnya sentiasa mengajak kepada kejahatan. Tujuan puasa bukan hanya untuk menahan diri daripada makan dan minum tetapi ia melatih kita membina akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :”Bukanlah puasa itu hanya menahan daripada makan dan minum, tetapi sesungguhnya puasa itu menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan keji. Jika terdpat seseorang memaki kamu atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah: aku sedang berpuasa. Selain daripada itu, baginya zakat pula adalah satu proses pembersihan harta dan hati. Dengan melaksanakan zakat terhakislah sikap mementingkan diri seperti tamak,hasad,rakus dan cinta dunia yang menjadi penghalang kepada persahabatan dan kasih sayang sesama insan . Solat pula adalah wajib bagi setiap muslim, dengan solat kita dapat membezakan diantara kafir dan muslim. Firman Allah yang bermaksud:”Dan dirikanlah solat dengan tekun, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan fasya’dan mungkar.”(surah al-‘Ankabut).
Tidak berapa lama kemudian, beliau mula memakai tudung. Pada hari dia menyarungkan tudung itu, majikannya memberhentikannya. Dia kini bukan sahaja kehilangan teman, keluarga tetapi juga pekerjaan. Sebaik bergelar muslim, beliau menjadi seorang yang berbeza. Sehingga walau di mana beliau berada, orang ramai pasti akan tersentuh dengan kata-katanya yang indah serta penampilan budi pekertinya sehinggalah pada suatu hari datang seorang pemuda yang sangat beriman untuk melamarnya sebagai seorang isteri. Perkahwinan keduanya pada 25 July 2010, suami beliau yang bernama Azlan bin Ali. Beliau kemudiannya dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohd Amanullah bin Azlan. Setelah berkahwin beliau mengambil keputusan untuk berpindah mengikut suaminya ke kedah dan sekarang menetap di Taman Bedong Jaya. Beliau juga kini mengikuti persatuan PERKIM yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia. Dari situlah beliau mula mempelajari banyak perkara mengenai islam seperti solat,puasa,zakat dan sebagainya. Beliau sangat gembira kerana telah mendapat ramai rakan baru di sana.
Pengorbanan beliau atas nama Allah rupa-rupanya diberikan balasan yang tidak ternilai harganya. Keyakinan beliau pada Pencipta tidak pernah berbelah bahagi. Tidak lupa juga nama anaknya yang pertama setelah memeluk islam iaitu Ying Alia Bt Abdullah. Bagi seorang ibu, inilah pengorbanan paling besar, pengorbanan bukan kerana wang ringgit atau harta dunia tetapi atas dasar kepercayaan dan keyakinan . Beliau kini sangat bahagia disamping suami tercinta.

Sunday, 27 February 2011
PENUTUP.
Kesimpulannya kita haruslah bersyukur dengan nikmat dan iman yg diberikan Allah, malah orang-orang yang bertuah yang mendapat hidayah daripada Allah. Allah sahaja yang berkuasa memberi hidayah.Tidak semua manusia yang bertuah di muka bumi ini, hidayah dari segi bahasa ialah petunjuk, pemimpin, atau anugerah dari segi syarak pula ialah cahaya petunjuk Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan kebenaran, dimana orang yang memperolehinya akan berubah tingkah lakunya dari kufur kepada beriman. Tanda-tanda orang yang mendapat hidayah Allah ialah seperti seseorang yang terdorong untuk melakukan amar makruf nahi mungkar, selain itu berubah daripada sesorang yang tidak beriman kepada yang beriman, peningkatan yang amat ketara dalam melaksanakan ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah dan tetap dengan keimanan walaupun diuji dengan pelbagai ujian besar. Selain daripada itu, tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap umat islam. Sekiranya tidak ada yang melaksanakannya,maka seluruh umat islam akan berdosa dan mendapat kemurkaan Allah. Kebiasaanya orang yang mendapat hidayah ini dapat dikenali melalui percakapan, perbuatan dan amalnya dan orang yang bertuah diberi hidayah oleh Allah sangatlah bertuah di dunia dan di akhirat. Allah itu maha adil maka laksanakanlah ibadahnya agar hidup sentiasa diberkati dan diredhai olehNya kelak.

Subscribe to:
Posts (Atom)