Monday 28 February 2011

Abstrak.

Islam menuntut umatnya supaya berbuat baik terhadap orang bukan islam. Islam berasal daripada perkataan salam yang bermaksud sejahtera. Islam adalah agama yang sejahtera,selamat,aman, dan damai kerana ia sentiasa menganjurkan perdamaian dan kebajikan kapada seluruh manusia. Sejauh manakah yang anda mengerti mengenai saudara baru? Saudara baru adalah orang yang pada asalnya beragama lain memeluk islam kerana diberikan hidayah Allah terhadapnya. Islam menuntut supaya umatnya berbuat baik sesama manusia malah orang yang bukan beragama islam hal ini adalah supaya mereka tertarik dengan ajaran islam, menjadi satu alat untuk menyebarkan islam dan supaya dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik dari akhlak islamiah kepada orang bukan islam. Kita haruslah sentiasa menyebarkan islam dan strategi berdakwah yang dianjurkan oleh islam adalah seperti hikmah atau bijaksana yakni dalam percakapan, pergaulan, membuat tindakan dan mengunakan pendekatan yang sesuai dengan mereka yang hendak didakwah, strategi kedua pula adalah nasihat yang baik iaitu melalui teladan, bimbingan dan nasihat yang baik dan strategi yang terakhir ialah melalui perbincangan dengan melalui ceramah, forum, dialog dan perbahasan yang baik. Antara badan-badan dakwah yang trdapat di Malaysia adalah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), kumpulan-kumpulan tabligh dan Angkatan belia Islam Malaysia (ABIM). Antara peranan mereka ialah berusaha menarik minat orang-orang bukan islam terhadap agama islam, selain itu, mempelbagaikan teknik berdakwah kepada masyarakat, memberi perlindungan yang sewajarnya kepada golongan yang baru memeluk islam dan mengadakan kelas-kelas bimbingan kepada saudara-saudara baru. Pendakwah juga haruslah mempunyai sifat-sifat yang baik supaya dapat menarik lebih ramai orang bukan islam memeluk islam, sifat-sifat yang wajib ada pada mereka adalah seperti beriman dan bertakwa kapada Allah S.W.T, sabar dan tabah menghadapi cabaran dan rintangan, berilmu dan bijaksana, memiliki dan mengamalkan akhlak yang mulia. Kesimpulannya jika ramai pendakwah yang mempunyai sifat dan cirri-ciri yang dinyatakan diatas maka lebih ramai orang-orang bukan islam memeluk agama islam seperti yang terjadi kepada salah seorang jiran saya yang diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk islam. Beliau yang kini baru berusia 24 tahun memeluk islam setelah diperkenalkan oleh rakannya

No comments:

Post a Comment