Monday 28 February 2011

PENDAHULUAN.

Bersyukur saya kepada Allah s.w.t atas limpah rahmat dan kurniaannya. Akhirnya esei ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tujuan utama esei ini ditulis adalah kerana ingin menyampaikan maklumat berkaitan dakwah. Disamping dapat membantu saudara-saudara seislam kita untuk melaksanakan ibadah kapada Allah. Kandungan esei ini meliputi tajuk berkaitan dakwah seperti strategi dakwah, ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu ada pada pendakwah, antara badan-badan dakwah yang terdapat di Malaysia,selain itu peranan badan-badan dakwah di Negara ini. Antara maklumat yang tedapat dalam esei ini telah saya ambil pada sumber rujukan seperti buku teks tingkatan lima, majalah-majalah dan artikel. Teknik penulisan yang ringkas memudahkan lagi pelajar untuk memahami isi kandungan dan fakta yang telah dinyatakan di dalam esei ini. Saya berharap dan berdoa semoga esei yang telah saya cipta ini dapat membantu saudara-saudara baru islam untuk melaksanakan ibadat terhadap Allah dan dapat mempertingkatkan keimanan mereka terhadap Allah,disamping mendapat maklumat-maklumat yang berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Dengan adanya pendakwah-pendakwah yang berkaliber maka wujudlah lebih ramai saudara baru yang memeluk islam dan akhirnya dapat melahirkan umat islam yang berkualiti dan dapat membangunkan martabat islam.

No comments:

Post a Comment