Sunday 27 February 2011

PENUTUP.

Kesimpulannya kita haruslah bersyukur dengan nikmat dan iman yg diberikan Allah, malah orang-orang yang bertuah yang mendapat hidayah daripada Allah. Allah sahaja yang berkuasa memberi hidayah.Tidak semua manusia yang bertuah di muka bumi ini, hidayah dari segi bahasa ialah petunjuk, pemimpin, atau anugerah dari segi syarak pula ialah cahaya petunjuk Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan kebenaran, dimana orang yang memperolehinya akan berubah tingkah lakunya dari kufur kepada beriman. Tanda-tanda orang yang mendapat hidayah Allah ialah seperti seseorang yang terdorong untuk melakukan amar makruf nahi mungkar, selain itu berubah daripada sesorang yang tidak beriman kepada yang beriman, peningkatan yang amat ketara dalam melaksanakan ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah dan tetap dengan keimanan walaupun diuji dengan pelbagai ujian besar. Selain daripada itu, tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap umat islam. Sekiranya tidak ada yang melaksanakannya,maka seluruh umat islam akan berdosa dan mendapat kemurkaan Allah. Kebiasaanya orang yang mendapat hidayah ini dapat dikenali melalui percakapan, perbuatan dan amalnya dan orang yang bertuah diberi hidayah oleh Allah sangatlah bertuah di dunia dan di akhirat. Allah itu maha adil maka laksanakanlah ibadahnya agar hidup sentiasa diberkati dan diredhai olehNya kelak.

No comments:

Post a Comment