Monday 28 February 2011

KONSEP.
Mualaf adalah dari segi bahasa adalah saudara baru dan dari segi istilah bermaksud panggilan bagi individu yang bukan muslim yang mempunyai harapan masuk agama islam yang imamnya masih lemah. Daripada surah taubah ayat 6 yang bermaksud “dan jika seseorang daripada kaum musyrikin meminta perlindungan daripadamu (untuk memahami islam),maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah(tentang hakikat islam),kemudian hantarlah mereka ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui(hakikat islam). Nabi Muhammad mengajak umat nya untuk sentiasa menghindar dosa disamping menyeru dan mengajak orang bukan islam memeluk islam disamping dapat meningkatkan bilangan umat nabi Muhammad
Islam mula tersebar pada zaman kerajaan Abbasiyyah lagi. Sejarah tamadun islam bermula sejak terbinanya Negara islam pertama di Madinah pada zaman Rasulullah, selepas kewafatan rasul ia diteruskan oleh khulafa’ Ar-Rasyidin, kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Zaman kerajaan Abbasiyyah adalah zaman kemuncak bagi kegemilangan tamadun islam, dimana mereka telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang seperti penyebaran islam, pendidikan, sains, dan teknologi, ekonomi dan ketenteraaan. Sistem pemerintahan banyak diadaptasi daripada sistem pemerintahan parsi kerana ramai orang parsi yang memeluk agama islam telah menjawat jawatan penting dalam kerajaan Abbasiyyah. Antara khalifah-khalifah yang banyak menyumbang kepada penyebaran islam pada zaman kerajaan Abbasiyyah adalah seperti Abu Abbas As-Saffah iaitu khalifah pertama kerajaan Abbasiyyah memerintah selama 4 tahun 9 bulan, khalifah kedua ialah Abu Jaafar Al-Mansur iaitu telah mentadbir kerajaan selama 22 tahun, khalifah ketiga ialah Khalifah Harun Ar-Rasyid iaitu khalifah yang paling warak dan terkenal memerintah selama 23 tahun 11/2 bulan, khalifah seterusnya iaitu yang keempat ialah Khalifah Al-Makmun iaitu merupakan putera kepada Harun Al-Rasyid memerintah selama 20 tahun. Kita haruslah bersyukur kerana dengan adanya khalifah-khalifah ini Negara islam dapat bangun dan menjadi Negara yang disegani di mata dunia. Disebabkan mereka juga islam dapat disebarkan sehingga sekarang

No comments:

Post a Comment